Lisa BLACKPINK menghadapi kritikan hebat selepas muncul dalam pertunjukan ‘bogel’ di Perancis. Bukan hanya berisiko diusir dari China, tetapi kelihatan juga dia turut ditapis oleh jenama mewah.
Beberapa hari lalu, akaun Weibo Lisa tiba-tiba dipadam dan untuk memburukkan keadaan lagi, bintang China iaitu Angelababy juga menghadapi kesulitan dalam industri hiburan China kini apabila hampir kesemua babaknya disunting atas dakwaan mengatakan dia ‘dihukum’ dek menonton persembahan Lisa di ‘Crazy Horse’.
Menurut laporan, sekatan menyeluruh telah dimulakan terhadap Lisa kerana melanggar peraturan ‘kesopanan’ yang berlaku pada selebriti di China. “Langkah Pengurusan Diri Selebriti” yang digariskan Persatuan Industri Persembahan China menetapkan bahawa “penghibur tidak boleh mengatur, menyertai, atau mempromosikan pornografi, perjudian, dadah, keganasan dan lain-lain”.
View this post on Instagram
Di China, terdapat kritikan berat dilemparkan terhadap Lisa kerana menyertai pertunjukan ‘Crazy Horse,’ yang ‘menjual’ wanita dan mempromosikan persembahan kotor dan tidak senonoh.