Ikuti Kami:

Selepas 11 Tahun, So Jisub Kembali Dalam Drama Aksi Jenayah Netflix ‘Plaza Wars’

Selepas 11 Tahun, So Jisub Kembali Dalam Drama Aksi Jenayah Netflix ‘Plaza Wars’

Netflix telah mengumumkan barisan pelakon yang bakal membintangi drama “Plaza wars”.

Drama “Plaza Wars” yang diadaptasikan oleh webtoon terkenal dengan tajuk yang sama mengisahkan tentang Gi-jun yang kembali ke dunia jenayah selepas 11 tahun untuk membalas dendam ke atas kematian adiknya.

Barisan pelakon yang didedahkan juga telah menambahkan keterujaan di hati peminat. Di mana ke semua mereka mempunyai aura yang sama seperti watak di dalam drama tersebut.

Watak utama di dalam drama ini yang bakal dilakonkan oleh So Ji-sub, iaitu Gi-jun merupakan seorang lelaki yang bersara dari dunia jenayah tetapi muncul semula selepas 11 tahun demi untuk membalas dendam keatas kematian misteri adiknya, Gi-seok.

so jisub a company man

Malah, drama “Plaza Wars” yang bakal ditayangkan di Netflix ini juga merupakan drama aksi jenayah pertama yang dilakonkan oleh So Ji-sub selepas 11 tahun sejak filem aksi jenayah terakhirnya iaitu “A Company Man”.

Selain itu, Lee Jun-hyuk bakal membuat penampilan istimewa di dalam drama itu sebagai Gi-seok. Di mana kematian misterinya telah menjadi pencetus kejadian membalas dendam ini.

Wow! Tak sabarnya nak tonton drama ni nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...