Ikuti Kami:

Raih 2.3 Juta Tontonan, ‘Devil’s Plan’ Duduki Tempat Ke-3 Di Carta Netflix

Raih 2.3 Juta Tontonan, ‘Devil’s Plan’ Duduki Tempat Ke-3 Di Carta Netflix

Walaupun baru dikeluarkan tapi dah berjaya cipta rekod sendiri!

Rancangan hiburan terbaru Netflix iaitu “Devil’s Plan” yang dibintangi oleh 12 pemain yang terdiri daripada barisan-barisan selebriti terkenal serta orang ternama di Korea seperti Seung-kwan SEVENTEEN, Ha Seok-jin, Lee Si-woo, Seo Dong-joo dan ramai lagi telah membuktikan popularitinya selepas menduduki tempat ketiga dalam kategori 10 rancangan TV TOP Global (bukan bahasa inggeris).

“Devil’s Plan” merupakan sebuah rancangan hiburan menguji minda dimana seramai 12 orang peserta yang datang dari pelbagai kerjaya berkhemah bersama selama 7 hari untuk menentukan siapa diantara mereka yang mempunyai minda yang terbaik. Sejurus selepas dikeluarkan pada 26 September yang lalu, “Devil’s Plan” telah memasuki carta 10 terbaik di 23 negara termasuk Korea, Hong Kong, Japan, Taiwan, Thailand dan Morocco.

devil's plan

Selain itu, pada 1 Oktober tepat 6 hari selepas dikeluarkan rancangan itu telah meraih sebanyak 2.3 juta tontonan di Netflix dan menduduki carta ketiga dalam kategori 10 rancangan TV TOP Global (bukan bahasa inggeris).

Rancangan “Devil’s Plan” yang mempunyai 12 episod itu mengandungi pelbagai permainan yang mencabar minda seperti permainan nombor rahsia, menara huruf, ‘Tandtamokgi’ dan banyak lagi. Di mana para peserta yang tidak berjaya menyelesaikan atau menghabiskan permainan-permainan tersebut akan disingkirkan.

Pada masa ini, sebanyak 9 episod “Devil’s Plan” telah dikeluarkan dan para peminat serta penonton sudah tidak sabar untuk menantikan episod 10 hingga 12 yang bakal dikeluarkan pada hari Selasa, 10 Oktober ini untuk mengetahui siapa yang bakal menjadi pemenang rancangan tersebut.

Jadi korang rasa siapa yang bakal jadi pemenang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...