Dengar cerita, ramai yang sedang menonton “Mask Girl” di Netflix kini?
Mungkin kerana buah mulut penonton K-Drama, drama yang diterajui Go Hyun-jung dan Nana berjaya menduduki tangga kedua dalam ranking global Netflix selepas 3 hari tayangan.
Bukan itu sahaja, ianya turut tersenarai dalam Top 10 di 14 negara seperti Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, Indonesia, Filipina, Vietnam dan banyak lagi.
Berdasarkan webtoon, “Mask Girl” mengisahkan mengenai Kim Mo-mi yang merupakan pekerja pejabat biasa di siang hari namun berubah menjadi BJ internet di malam hari. Oleh kerana kecaman masyarakat dek wajahnya yang kurang menyerlah, wanita tersebut terpaksa menggunakan medium itu untuk meluahkan bakat terpendam namun kehidupannya berubah selepas satu insiden berdarah tak dijangka.
Walaupun menerima respon pra-kontra dari penonton, namun sepertinya kritikan itu tidak mampu menghalang siri tersebut daripada menerima perhatian seluruh dunia. Kalau nak tahu, ada yang mempersoalkan keperluan menyertakan plot keterlaluan seperti penghinaan pada wajah buruk, babak bogel Nana dan Lee Han-byul, dan masalah mental Yeon Hye-ran dan Ahn Jae-hong.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.