Ada berita gembira buat peminat BTS yang setia melayan rancangan “Run BTS!”!
Pada 2 Ogos, BTS telah mengumumkan bahawa mereka akan kembali dengan episod khas program hiburan tersendiri “Run BTS!”.
Ini adalah berita gembira buat peminat kerana program itu akhirnya kembali selepas berehat selama 10 bulan.
Untuk pengetahuan, “Run BTS!” pertama kali disiarkan pada 2015 dan merupakan program hiburan luar pertama BTS yang telah mendapat populariti daripada peminat seluruh dunia. Ia mengikuti 7 ahli BTS bermain permainan atau mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti.
Dalam pada itu, episod khas “Run BTS!” boleh ditonton menerusi saluran Weverse, VLIVE dan YouTube pada 16 Ogos ini.
Tonton teaser episod khas “Run BTS!” di atas!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.