Ikuti Kami:

“Nasib Baik Jimin Datang..” – Selesai Persembahan Solo Di ‘Lollapalooza’, J-Hope BTS Luah Rasa Syukur

“Nasib Baik Jimin Datang..” – Selesai Persembahan Solo Di ‘Lollapalooza’, J-Hope BTS Luah Rasa Syukur

J-Hope BTS telah menamatkan persembahan solo pertamanya di festival muzik ‘Lollapalooza’ dengan jayanya!

Pada 31 Julai, J-Hope telah membuat persembahan sebagai artis utama di festival muzik ‘Lollapalooza’ di Chicago. Idola itu telah mempersembahkan lebih 15 lagu di acara itu dan berjaya menarik perhatian peminat seluruh dunia dengan hashtag #HOBIPALOOZA dan ‘JHOPE’ yang meraih lebih 1 juta tweet.

Sejurus selepas tamatnya festival itu, J-Hope terus membuat siaran langsung menerusi saluran VLIVE, untuk berkomunikasi dengan peminat. Ketika awal siaran, J-Hope meluahkan rasa syukurnya kerana berjaya menamatkan persembahan,

Semua orang, ia akhirnya berakhir. Saya benar-benar bersyukur. Saya benar-benar terharu. Saya terharu dengan begitu banyak proses yang berlalu. Saya terus berlatih selama 6 jam sehari sebelum ini.

Untuk pengetahuan, Ji-min juga hadir di Chicago bagi memberi sokongan buat J-Hope dan turut muncul ketika siaran langsung di VLIVE. J-Hope mendedahkan bahawa dia dapat banyak semangat dari Ji-min dan meluahkan rasa syukurnya pada rakan sekumpulannya itu,

Memang sukar untuk berlatih, tetapi nasib baik Ji-min datang, tawa saya berbunga. Ia sangat membantu saya. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak kerana datang sejauh ini.

Sambung J-Hope,

Saya terus melihat Ji-min di sebelah kanan semasa saya membuat persembahan. Ketegangan saya semakin meningkat semasa melihatnya.

Kemudian, Ji-min memuji persembahan J-Hope,

Hyung melakukan kerja yang baik. Persembahan dan tarian itu bagus. Saya banyak menjerit, jadi saya letih. Ia sangat hebat. Semua ahli kami sepatutnya datang dan menontonnya. Anda kena belajar segala-galanya. Ini bukan pujian, ia kerana kualiti persembahannya sangat tinggi.

https://www.youtube.com/watch?v=_Lu0S7lJBI8

Memang gempak la persembahan J-Hope!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...