Ikuti Kami:

“Selebriti Di Kalangan Selebriti” – Luang Masa Bersama, Barisan Teman Rapat G-Dragon Buat Netizen Terkejut

“Selebriti Di Kalangan Selebriti” – Luang Masa Bersama, Barisan Teman Rapat G-Dragon Buat Netizen Terkejut

Lain macam betul teman-teman G-Dragon!

Pada 2 Januari, satu tajuk perbualan yang berjudul ‘Barisan pelakon terkenal bersama G-Dragon’ di komuniti atas talian di Korea telah menarik perhatian ramai.

Di mana di dalam perbualan tersebut, terdapat gambar milik G-Dragon yang menunjukkan situasi di mana ahli BIGBANG itu sedang berdiri bersama barisan pelakon-pelakon terkenal di Korea.

Pelakon-pelakon yang berada di dalam gambar tersebut ialah Lee Jung-jae bersama teman wanitanya Im Se-ryung, Jung Woo-sung, Lee Min-ho, Jang Dong-gun dan Go So-young.

gd bff

Dalam masa yang sama, gambar yang menunjukkan keakraban G-Dragon bersama barisan pelakon terkenal tersebut telah mengejutkan ramai pihak termasuk penulis topik perbualan tersebut.

Antara komen-komen netizen ialah,

Ada banyak hubungan yang tak dapat dijangka di dalam industri hiburan.

 

Bukan ke dulu pun G-Dragon pernah luangkan masa dengan Suzy?

 

Kalau lihat pemakaian mereka, mesti mereka tengah buat sambutan akhir tahun bersama.

 

Kwon Ji-yong (nama sebenar G-Dragon) ialah selebriti di kalangan selebriti. Dia berkawan dengan semua artis terkenal.

 

Bukan ke G-Dragon paling muda di kalangan mereka? Mengejutkan betul.

 

Semua pelakon ni dah lama berkawan, jadi saya terkejut bila lihat G-Dragon bersama mereka.

Dah nama pun G-Dragon kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...