Ikuti Kami:

Hilang Hasil Pendapatan, Pemegang Saham YG Luah Kekecewaan Selepas BLACKPINK & G-Dragon Keluar

Hilang Hasil Pendapatan, Pemegang Saham YG Luah Kekecewaan Selepas BLACKPINK & G-Dragon Keluar

Ramai yang mula risau akan saham YG Entertainment yang semakin menurun selepas ahli BLACKPINK dan G-Dragon meninggalkan syarikat tersebut.

YG Entertainment dikatakan sedang menghadapi krisis terbesar selepas kesemua ahli BLACKPINK dan G-Dragon BIGBANG menamatkan kontrak individu mereka bersama dengan syarikat itu.

Menurut laporan media pada 3 Januari 2024, harga saham YG Entertainment menurun sebanyak 6.58% berbanding sebelum ini.

Penganalisis ekonomi berkata,

Dengan pembatalan kontrak individu BLACKPINK dan G-Dragon, YG tidak mempunyai pilihan lain selain daripada perlu bergantung kepada kejayaan BABYMONSTER dan TREASURE yang bakal menentukan hala tuju syarikat tersebut di masa yang akan datang.

bm trsr

Tambahnya,

Namun, sehingga kini masih tiada lagi tanda-tanda yang menunjukkan momentum mereka yang menaik.

Berikutan dengan isu ini, pemegang saham di YG juga turut meluahkan kekecewaan mereka.

Luah mereka,

Pengumuman tentang kontrak BLACKPINK dibuat selepas tarikh akhir, dan kegagalan memperbaharui kontrak didedahkan semasa cuti hujung tahun. YG kelihatan seperti ingin memanipulasikan saham.

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...