Ikuti Kami:

G-Dragon Keluar, YG Entertainment Dilapor Tanggung Rugi Ratusan Juta Ringgit

G-Dragon Keluar, YG Entertainment Dilapor Tanggung Rugi Ratusan Juta Ringgit

Selepas pemergian G-Dragon dari YG Entertainment, syarikat itu telah dipercayai menanggung kerugian yang besar.

Pada 25 Disember, media melaporkan bahawa harga saham yang dimiliki oleh YG Entertainment telah menurun selama empat hari berturut-turut selepas G-Dragon meninggalkan syarikat tersebut.

Pada mulanya, harga saham mereka mula menurun sebanyak 5.11% pada hari pertama. Namun, ianya terus menjunam sehingga mencecah sebanyak RM295 juta hanya dalam beberapa hari.

Di mana, perkara ini terjadi sejurus selepas G-Dragon mengumumkan bahawa dia telah menandatangani kontrak dengan Galaxy Corp, dan secara rasmi mengesahkan pemergiannya daripada YG Entertainment.

G-Dragon sebelum ini telah dikenali sebagai seorang artis yang mempunyai pengaruh penting di YG. Malah, penyanyi tersebut turut memainkan peranan yang besar dalam mengangkat status syarikat itu menjadi salah satu syarikat ‘besar’ di dalam industri K-Pop.

gd stage

Dalam kesemua aktiviti kumpulan dan solo, ahli BIGBANG tersebut telah meninggalkan kesan yang mendalam di dalam carta muzik luar dan dalam Korea Selatan.

Kini, pengaruh penyanyi lelaki tersebut sekali lagi telah terbukti selepas  YG Entertainment perlu menanggung kerugian yang sangat besar sejurus selepas pemergian G-Dragon.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...