Ikuti Kami:

Selayaknya, Im Siwan, Byun Yohan & IU Menang Anugerah Di ‘2022 Buil Film Awards’

Selayaknya, Im Siwan, Byun Yohan & IU Menang Anugerah Di ‘2022 Buil Film Awards’

Pelakon Im Si-wan, Byun Ho-an dan IU menang anugerah? Wow, tahniah!

Baru-baru ini, kalau korang menjengah ke ruangan Instagram Im Si-wan, pelakon itu memuat naik gambar dirinya memegang sebuah trofi. im siwanMengenakan sut serba hitam, menyerlahkan lagi aura ketampanannya, Im Si-wan memegang trofi kemenangannya bagi anugerah “Best Supporting Actor Award” menerusi filem “Emergency Declaration” di majlis anugerah “2022 Buil Film Awards”.

Bukan Im Si-wan sahaja, pelakon Byun Yo-han dan IU juga turut memenangi anugerah “Popular Star Award”. Pada majlis itu, Byun Yo-han sempat memberi ucapan, sambil berjenaka,

Saya akan lebih fokus kepada populariti daripada lakonan lah selepas ini! Saya gurau je! Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengarah dan semua barisan pelakon “Hansan: Rising Dragon”. Saya harap Ahn Sung-ki sihat secepat mungkin. Semua orang berkerja keras dan saya menghormati anda semua! Saya akan terus berkerja keras selepas ini. 

Di samping itu, IU turut memberikan ucapan,

Saya menyertai “Broker” sebagai debut untuk filem saya. Saya ada banyak kenangan indah dan saya belajar banyak perkara daripada semua staf, pengarah, dan pelakon senior yang saya hargai. 

Omoo, tahniah buat semua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...