Ikuti Kami:

Im Siwan Kongsi Pandangan Jadi Watak Antagonis Dalam ‘Emergency Declaration’

Im Siwan Kongsi Pandangan Jadi Watak Antagonis Dalam ‘Emergency Declaration’

Korang dah tengok ke filem “Emergency Declaration” yang baru ditayangkan? Best ke tidak? Ha, apa yang lagi best ialah, baru-baru ini ada satu sesi temu ramah dijalankan bersama salah seorang teraju filem tersebut, Im Si-wan.

Im Si-wan meluangkan masanya untuk satu sesi temu bual bagi pelancaran filem terbaru tersebut dan berkongsi serba sedikit mengenai pandangannya bagi hasil lakonan, watak dan sebagainya. Ha, menarik kan?

Bagi yang belum tahu, “Emergency Declaration” adalah sebuah filem yang berkisarkan mengenai satu musibah yang belum pernah berlaku dan mula terjadi apabila ancaman pengganas dibuat terhadap satu penerbangan. Barisan pelakon dalam filem ini adalah termasuk Song Kang-ho, Lee Byung-hun, Kim Nam-gil, Jeon Do-yeon, Park Hae-joon, dan Kim So-jin.im siwanSejak filem ini mula ditayangkan, peminat filem Korea mula memberikan komen yang memuaskan terhadap kualiti lakonan Im Si-wan malah turut memuji ekspresi muka yang berkesan sepanjang melakonkan wataknya. Menerusi sesi temu ramah tersebut, Im Si-wan ditanya bagaimanakah persiapan yang dilakukannya.

Saya tidak mempersiapkan apa-apa sebenarnya. Saya fikir, jika saya cuba membawa watak Jin Seok sebagai watak yang abnormal, akan berlaku satu kontradik yang ketara. Jadi, saya mula memikirkan, motif apakah yang sesuai sehingga berjaya menjadikan seseorang itu berjaya bertindak secara diluar jangkaan.

Dia turut ditanya mengenai satu komen yang tidak dapat dilupakannya. Dia menjawab,

Saya ingat satu komen di mana, seorang peminat menyatakan bahawa mata saya kelihatan ‘gila’. Saya menganggap itu satu pujian kerana ia membuktikan yang pembawaan watak saya itu berjaya. Saya rasa, mata saya tidak kelihatan ‘gila’ seperti itu sepanjang masa, jadi mungkin ia berlaku disebabkan faktor cahaya juga. 

im siwanIm Si-wan turut berkongsi bagaimana penguasaan dirinya untuk berbahasa Inggeris dalam pembawaan watak tersebut.

Saya sudah lama tidak cuba mendengar sebutan bahasa Inggeris saya, dan selepas filem itu ditayangkan pun, saya masih belum menerima komen bahawa sebutan saya teruk. Jadi, saya lega. 

Dia juga turut ditanya jika dia benar-benar memahami watak yang dilakonkannya. Lalu dia menjawab,

Saya sering merujuk kepada sumber yang sahih untuk memegang watak sebagai penjahat, iaitu watak Jin Seok. Watak Jin Seok adalah seperti satu kertas kosong yang tiada penjelasan secara bertulis atau nyata. Memandangkan ia seperti kertas yang kosong, jadi saya rasa saya ada kebebasan untuk mewarnai watak kosong ini dengan cara saya sendiri.

Nampak tak? Bukan senang tau nak jadi pelakon yang menjiwai watak…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...