Ikuti Kami:

Im Siwan Sah Bergandingan Dengan Seolhyun Dalam Drama Adaptasi Webtoon ‘Summer Strike’

Im Siwan Sah Bergandingan Dengan Seolhyun Dalam Drama Adaptasi Webtoon ‘Summer Strike’

Nampaknya, penonton akan dapat lihat gandingan antara Im Si-wan dan Seol-hyun AOA tidak lama lagi!

Pada 7 April, presiden Kim Chul-hyun dari KT StudioGenie telah mengadakan ‘Hari Media Kumpulan KT’ bagi mengumumkan rancangan kumpulan itu untuk produksi drama serta rancangan pelbagai pada tahun 2022.

Berikutan itu, pada separuh kedua tahun 2022, StudioGenie akan mempamerkan siri “Summer Strike” yang akan diterajui oleh Im Si-wan dan Seol-hyun AOA. Tambahan, “Summer Strike” yang dijadualkan untuk tayang pada November tahun ini, merupakan adaptasi dari webtoon popular “I Don’t Feel Like Doing Anything”.

im siwan seolhyun

Untuk pengetahuan, “Summer Strike” akan berkisar tentang seorang wanita berusia 28 tahun yang telah berhasrat pada suatu musim panas, bahawa dia akan berehat dari segala-galanya dalam hidupnya. Siri ini akan diarahkan oleh Lee Yoon-jung, pengarah bagi “Coffee Prince” dan “Cheese In The Trap”.

Sama-sama kita nantikan gandingan antara Im Si-wan dan Seol-hyun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...