Ramai khabarnya yang dah mula menonton siri “Doona!” di Netflix?
Sebelum mendedahkan keseluruhan episod siri berkenaan, pelakon utamanya iaitu Bae Suzy dan Yang Se-jong serta pengarah Lee Jung-hyo telah menyertai satu sidang media dan temubual istimewa bagi berkongsi lebih mengenai “Doona!”.
Untuk pengetahuan, watak utamanya Lee Doo-na ialah seorang idola yang melarikan diri dari perhatian ramai mula berkenalan dengan seorang pelajar universiti iaitu Lee Won-jun di mana hidup mereka berubah selepas tinggal bersama.
Pernah mengarahkan drama popular seperti “Crash Landing On You” dan “Romance Is A Bonus Book”, pengarah tersebut menggambarkan siri ini sebagai satu pengembaraan, keghairahan dan penyembuhan. Ulasnya mengenai pasangan ini,
Mereka merupakan dua individu dari dunia berbeza yang cuba mendalami pemikiran masing-masing.
Menerusi “Doona!”, penonton akan merasai sisi keanak-anakan dan kekok cinta muda malah pengarah tersebut turut mengharapkan semua akan mampu mengimbau kembali memori cinta pertama dan kelemahan yang hadir bersamanya.
Dalam pada itu, ramai yang memberikan perhatian penuh kepada siri ini memandangkan Suzy yang popular sebagai ahli Miss A dahulu kembali kepada pekerjaan sebenarnya sebagai idola. Jelas Suzy, dia kembali ke zaman lama selepas membintangi “Doona!”,
Semasa berlakon sebagai Doo-na, saya ada teringat mengenai kehidupan semasa menjadi ahli kumpulan idola dahulu.
Bukan itu sahaja, Yang Se-jong turut mengakui keserasian antaranya dan Suzy,
Dia benar-benar membantu saya fokus supaya saya dapat mendalami watak ini kerana kehebatannya sebagai Doo-na. Kami ada keserasian yang hebat, pandang sahaja, kami sudah tahu apa yang difikirkan satu sama lain.
Bagi yang tidak sabar, pastikan korang marathon kesemua 9 episod “Doona!” di Netflix sekarang juga!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.