Bukan mudah untuk berjaya dan hal itu dibuktikan menerusi dokumentari “j-hope IN THE BOX” di Disney+.
BACA: “5 Kali Ganda..”- Baju J-Hope BTS Dari Album ‘Jack In The Box’ Dijual Lebih RM94 Ribu
Merupakan ahli kumpulan terkenal iaitu BTS, J-Hope menjadi ahli pertama yang memiliki dokumentari sendiri mengenai proses penghasilan albumnya. Menerusi naskhah ini, idola itu merungkai kerja di sebalik tabir untuk album solo pertamanya ‘Jack In The Box’ di mana ia merupakan platform untuknya berhenti menyampaikan mesej dari dalam kotak dan keluar dari kepompong itu.
Bukan itu sahaja, para peminat turut disajikan dengan kemunculan ahli BTS lain serta keluarga J-Hope bagi menguatkan lagi kayu asas yang membina J-Hope sebagai seorang artis terkenal kini. Walau bagaimanapun, fokus buat lelaki tersebut langsung tidak goyah meskipun ada kemunculan khas itu.
Persembahan di Lollapalooza juga merupakan elemen utama bagi membuktikan kebolehan J-Hope untuk bergerak sendiri tanpa ahlinya. Meskipun kelihatan tegang tapi platform berkenaan berjaya menjadi loncatan buat J-Hope bagi mengenali dengan lebih mendalam mengenai dirinya sebagai seorang artis.
Dokumentari “j-hope IN THE BOX” ini pastinya akan membuatkan peminat lebih mengenali J-Hope, tak kira sebagai idola dan pemuzik ataupun Jung Ho-seok, seorang yang mencintai muzik dari Gwangju.
Semoga J-Hope terus sukses!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉