Wow, tak sangka J-Hope BTS sanggup lelong baju dia.
Terbaru, ‘Music Cares’ mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan lelongan amal menjual beberapa pakaian dan barangan J-Hope dari album solonya “Jack in the Box”.
Untuk maklumat, ‘Music Cares’ ialah organisasi amal yang ingin membantu pemuzik dalam krisis kewangan dan perubatan dengan mengadakan lelongan setiap tahun.
Pada 6 Februari lalu, ahli BTS itu menyumbangkan jumpsuit hitam dan beanie miliknya dari penggambaran album solonya ke organisasi tersebut. ‘Music Cares’ berkata,
Pakaian J-Hope telah dijual pada harga RM 94,194.24, iaitu 5 kali ganda dari harga bidaan.
Selain dari itu, J-Hope turut meyumbangkan cincin Louis Vuitton yang dipakainya ketika berada di pentas Anugerah Grammy ke-63 ke lelongan amal itu.
Agaknya, siapa yang beli eh baju J-Hope?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉