Kesemua ahli KARA telah meluahkan kerinduan mereka terhadap Goo Ha-ra.
Dalam episod terakhir “The Only One Missing, KARA”, kesemua ahli kumpulan itu telah dilihat mengimbas kembali memori mereka bersama satu sama lain, terutamanya bersama mendiang Goo Ha-ra.
Di mana, selepas menghabiskan masa seharian di beberapa buah tempat di Kota Kinabalu, ahli KARA telah mengadakan parti bagi meraikan malam terakhir mereka di situ. Mereka juga telah mengimbau memori sambil melihat gambar lama mereka.
Selepas menemui gambar mereka bersama Goo Ha-ra, Heo Young-ji telah berkata,
Goo Ha-ra, saya tidak akan pernah lupakan awak. Awak seorang sahaja yang sentiasa memahami saya dan awak juga yang sering bantu saya untuk meluahkan perasaan saya.
Luahan itu telah disambung oleh Park Gyu-ri yang turut serta menangis. Tambahnya,
Kami akan sentiasa rindukan awak dan awak sentiasa diingati kerana Ha-ra akan sentiasa menjadi sebahagian daripada KARA. Selamanya..
Episod terakhir bagi “The Only One Missing, KARA” ini akan ditayangkan pada 17 April ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.