Ikuti Kami:

Penggambaran Di Kota Kinabalu, KARA Kembali Dengan Rancangan Realiti Percutian Bagi Ulang Tahun Ke-15

Penggambaran Di Kota Kinabalu, KARA Kembali Dengan Rancangan Realiti Percutian Bagi Ulang Tahun Ke-15

KARA bakal kembali dengan rancangan realiti terbaru bagi meraikan ulang tahun debut ke-15 mereka!

Pada 13 Mac, syarikat Merry Go Round telah mengumumkan satu rancangan realiti percutian yang menampilkan kumpulan gadis lagenda, KARA.

Dirakamkan di Kota Kinabalu, Malaysia, rancangan itu akan membawa kesemua ahli kumpulan tersebut dalam satu perjalanan yang tidak akan dapat dilupakan serta dipenuhi dengan kemesraan di antara kelima-lima ahli KARA.

Rancangan ini juga merupakan salah satu projek bagi meraikan ulang tahun ke-15 KARA sejak mereka melakukan kemunculan sulung mereka.

Terdiri daripada 8 episod, “I’m Not The Only One, KARA” akan mula ditayangkan di aplikasi Wavve bermula 27 Mac ini.

Tidak berhenti di situ, penerbit rancangan itu turut meluahkan keterujaannya mengenai projek ini. Katanya di dalam satu temu bual bersama media,

Rancangan ini akan menunjukkan percutian pertama KARA. Di mana, ianya merupakan perjalanan yang penuh dengan kegembiraan serta air mata buat kesemua ahli kumpulan tersebut. Ianya juga merupakan satu pengalaman menyentuh hati yang tidak akan dapat dilupakan.

Wah! Tak sabarnya nak tonton.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...