“Selamanya Bersama” – Patut 90 Minit, Girls’ Generation Lanjut Perjumpaan Peminat Hampir 4 Jam
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Rasanya ramai yang akui bahawa Girls’ Generation merupakan kumpulan idola wanita yang ikonik dan pasti akan diingati buat selamanya kan?
Memasuki tahun ke-15, kesemua 8 ahli tersebut memilih untuk bergabung semula bagi berjumpa SONE (nama peminat) selain duduk bersama setelah masing-masing membina karier solo sendiri.
Dengan album ‘FOREVER 1′, Girls’ Generation tidak lupa untuk mempromosikan lagu itu di program muzik dan menyertai konsert SM di Suwon selain turut mengadakan perjumpaan peminat iaitu ‘Long Lasting Love’.
– 90 minutes to 4 hours
– Encore with Kissing You but they extended it up to Party.
– Hyoyeon telling the members to not take it to 5 years to meet Sone again. And they agreed.
– Sunny promised that we’ll meet again.Soshi loves us so much, I will never question it. 😭💖 pic.twitter.com/UoZVX5I9Ml
— jam | FOREVER 1 💖 (@taengmother) September 3, 2022
Lebih bermakna apabila perjumpaan yang sepatutnya berlangsung selama 90 minit sahaja dipanjangkan menghampiri 4 jam iaitu 3 jam 20 minit atas inisiatif mereka sendiri. Tidak lupa untuk berinteraksi dengan peminat menerusi pelbagai permainan, ahli Girls’ Generation turut menambah persembahan secara spontan dengan memainkan lagu “Kissing You”.

Dalam pada itu, kesemua ahli berjanji akan berjumpa SONE dengan secepat mungkin dan tidak akan membuatkan semua tunggu selama 5 tahun lamanya untuk album baru.
Bestnya SONE dimanjakan~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




