Na-yeon TWICE telah dituduh tiru gaya Jennie.
Pada 16 April, Na-yeon TWICE telah mengadiri satu majlis jenama kosmetik Jepun, Naming. Di mana, penyanyi itu telah dilantik menjadi duta global mereka.
Tampil anggun memakai dress merah jambu yang dihiasi dengan perincian roset pada bahu dan pinggang, ahli TWICE itu juga dilihat mewarnakan rambutnya dan mengenakan solekan yang sepadan dengan warna gaun tersebut.
Meskipun penampilan Na-yeon dipuji, ramai yang merasakan bahawa penyanyi itu kelihatan seperti meniru gaya Jennie. Di mana, ketika Jennie muncul di rancangan Lee Hyo-ri, ahli BLACKPINK itu telah dilihat memakai gaun yang sama tetapi berwarna putih.
Im Nayeon aka the biggest Jennieboo in the industry
I just burst out of laugh of how obsessed this girl is over MISS JENNIE KIM pic.twitter.com/RXzRxKe1f7
— 🤍MISS JENNIE KIMᴼᴬ(ꪜ) (@myselvjenyong) April 16, 2024
Pada masa itu, penampilan Jennie di rancangan tersebut telah tular di media sosial dan sekaligus mencetuskan trend roset di Korea Selatan.
Disebabkan ini, Na-yeon telah menerima kritikan oleh peminat di media sosial terutamanya selepas mereka mendapati bahawa ini bukan kali pertama ahli TWICE itu dilihat cuba meniru gaya Jennie.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.