Ikuti Kami:

Sangat Mudah! Jennie BLACKPINK Kongsi Tips Kecantikan Untuk Muka Kekal Langsing

Sangat Mudah! Jennie BLACKPINK Kongsi Tips Kecantikan Untuk Muka Kekal Langsing

Jennie telah memuat naik video ‘vlog’ perjalanannya ke Perancis untuk Minggu Fesyen Paris, serta menunjukkan persediaan yang dilakukannya bagi acara tersebut.

Selepas dia pergi ke Chanel untuk mencuba pakaian yang akan dipakainya, Jennie pergi makan di satu kedai mi udon, sehari sebelum acara itu dijalankan.

Ahli BLACKPINK itu kemudiannya telah berkongsi rahsia serta petua kecantikannya untuk mengelak daripada muka menjadi sembab selepas memakan makanan yang masin. Iaitu dengan merendamkan muka ke dalam air yang dipenuhi ais.

Malah, ini juga bukan kali pertama Jennie dilihat mengamalkan petua ini. Di mana, dia sebelum ini telah dilihat melakukan petua tersebut untuk banyak acara penting, termasuk Met Gala.

Sebelum mukanya disolek, ahli BLACKPINK itu akan mendapatkan urutan sejuk di muka, dan kemudiannya merendam mukanya ke dalam mangkuk yang berisi air serta ais batu.

jennie-ice

Petua yang digunakan oleh Jennie juga kelihatan berhasil, terutamanya apabila wajah ahli BLACKPINK itu kekal langsing sepanjang acara itu berjalan.

Boleh la amalkan petua Jennie ni untuk raya nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...