Ikuti Kami:

“Membosankan..” – Asyik Pakai Gaya Sama, Penampilan Jennie Di Minggu Fesyen Paris Jadi Bualan Ramai

“Membosankan..” – Asyik Pakai Gaya Sama, Penampilan Jennie Di Minggu Fesyen Paris Jadi Bualan Ramai

Jennie BLACKPINK kini berada di Paris untuk menghadiri Minggu Fesyen Paris dan sejak menjadi duta global Chanel, penyanyi itu sentiasa kelihatan menawan ketika menghadiri pertunjukkan fesyen jenama tersebut.

Tampil memakai gaun hitam pendek dengan gaya rambut yang disematkan, penampilan penyanyi tersebut kelihatan berbeza daripada penampilannya di acara-acara sebelum ini.

Malah, Jennie juga kelihatan lebih anggun, seksi dan comel meskipun hanya memakai sepasang gaun hitam dan kasut but panjang.

jennie-paris

Namun begitu, terdapat segelintir peminat yang merasakan bahawa pakaian yang dikenakan oleh Jennie itu agak mengecewakan berbanding ahli BLACKPINK yang lain.

Di mana, mereka merasakan bahawa terdapat banyak lagi koleksi jenama tersebut yang lebih cantik daripada gaun yang dipakai oleh Jennie, namun ianya tidak diberikan pada ahli BLACKPINK tersebut.

Antara komen peminat,

Solekan dia nampak ketinggalan zaman..

 

Saya rasa baju dia okay sahaja..

 

Pakaian dia nampak agak membosankan.

 

Dia selamatkan baju itu dengan wajah dia..

 

Nasib baik wajah Jennie cantik.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...