Ikuti Kami:

Sibuk Dengan Pelbagai Aktiviti, Jennie BLACKPINK Pamer Kehidupan Seharian Sebagai Selebriti

Sibuk Dengan Pelbagai Aktiviti, Jennie BLACKPINK Pamer Kehidupan Seharian Sebagai Selebriti

Jennie BLACKPINK telah mengeluarkan satu video berjudul “A Day in My Life” di akaun YouTube miliknya.

Di mana, pada 29 Februari, ahli BLACKPINK itu telah berkongsi video yang merakamkan kehidupan sehariannya sebagai selebriti serta pemilik syarikat.

Dari selesai menjalani penggambaran rancangan hiburan, sehingga menghadiri mesyuarat, jelas kelihatan kehidupan ahli BLACKPINK itu yang penuh dengan pelbagai jenis aktiviti.

Namun begitu, meskipun hanya dapat tidur selama 1 jam sahaja, Jennie masih lagi menunjukkan sikap profesionalnya sebagai seorang pengasas syarikat ketika sedang bermesyuarat dengan pekerjanya.

Malah, ahli BLACKPINK itu juga telah kelihatan bahagia menonton tayangan pertama “Apartment 404” bersama dengan pekerjanya.

jennie-apartment-404

Ulasnya mengenai rancangan itu,

Saya sangat gembira masa penggambaran ini dijalankan sebab semua permainan yang kami main sangat menyeronokkan.

Sementara itu, pada penghujung tahun 2023 yang lalu, Jennie telah mengumumkan penubuhan agensinya sendiri iaitu ODD ATELIER.

Katanya mengenai penubuhan tersebut,

Saya teruja untuk memulakan perjalanan solo saya bersama dengan syarikat yang saya tubuhkan. Saya berharap agar anda sentiasa memberikan sokongan terhadap permulaan baru saya bersama OA dan BLACKPINK.

Walaupun nampak penat, tapi Jennie masih kelihatan bahagia kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...