Ikuti Kami:

Selalu Keluar Dating, G-Dragon Dipercayai Sedang Bercinta Dengan Miss Korea 2022

Selalu Keluar Dating, G-Dragon Dipercayai Sedang Bercinta Dengan Miss Korea 2022

Betul ke G-Dragon sedang bercinta dengan seseorang sekarang?

Pada 27 Julai, seorang pengguna telah membuat satu hantaran di laman Weibo, menyatakan bahawa G-Dragon sedang bercinta dengan naib juara Miss Korea 2022, Kim Go-eun.

Hal ini kerana, terdapat pelbagai persamaan antara gambar yang dimuat naik kedua mereka di Instagram, seolah-olah memberi petunjuk bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan kini.

Contohnya, G-Dragon dan Kim Go-eun dilihat bergambar di banyak lokasi sama seperti di dalam lif, TV di ruang tamu dan tab mandi.

Selain itu, netizen juga turut mendedahkan bahawa mereka pergi ke acara sukan yang sama dan mata mereka sentiasa memandang ke arah satu sama lain meskipun tidak pergi bersama.

Untuk pengetahuan, Kim Go-eun merupakan pelajar di Kolej Teknikal Inha dan dilahirkan pada tahun 2000, iaitu 12 tahun lebih muda dari umur G-Dragon.

Bagaimanapun, masih belum ada apa-apa respon atau pengesahan dari agensi mengenai khabar angin tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...