Ikuti Kami:

Muat Naik Foto Ketika Keluar ‘Dating’, Jennie Sahkan Hubungan Cintanya Dengan V BTS?

Muat Naik Foto Ketika Keluar ‘Dating’, Jennie Sahkan Hubungan Cintanya Dengan V BTS?

Adakah Jennie BLACKPINK telah mengesahkan tentang hubungan cintanya bersama V BTS?

Terbaru pada 12 Julai, Jennie telah memuat naik foto baru di laman Instagram, berkongsi momen ketika percutiannya di luar negara pada beberapa minggu lepas.

Seronok melihat kemas kini dari wanita itu, netizen nampaknya tidak dapat mengelak dari melihat persamaan antara pakaian Jennie dalam gambar itu dan pakaian yang digayakan dalam video yang didakwa sebagai dirinya dan V, sedang berjalan sambil berpegangan tangan.

jennie blackpink v bts

Dari topi, scarf, baju, seluar, kasut dan beg tangan, semuanya kelihatan sepadan dengan apa yang dipakai Jennie ketika dia dikatakan keluar dating bersama V di Paris.

Sebelum ini, YG Entertainment dan HYBE menyatakan bahawa sukar untuk mereka menyemak mengenai perkara ini kerana ia adalah kehidupan peribadi artis.

Omo..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...