Susah menjadi seorang idola kerana setiap gerak geri pastinya menjadi perhatian semua.
Terbaru, Jay B dari GOT7 telah didedahkan menghantar mesej berbaur ‘memikat’ pada seorang pempengaruh terkenal di Instagram.
Dalam perbualan yang dikongsikan sendiri individu berkenaan, lelaki itu bertanya-tanya sekiranya wanita itu mempunyai masa, sekiranya dia pernah ke kelab malam, apa yang sering lakukan pada masa lapang dan menjelaskan bagaimana dia boleh melihat Story wanita itu. Dia turut bertanya umur wanita itu semasa drama ‘Dream High’ ditayangkan.
Selepas situasi berpanjangan, pempengaruh tersebut mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa Jay B yang memulakan perbualan itu dahulu dan dia hanya memuat naik keratan mesej itu untk berkongsi dengan beberapa rakan rapat. Namun, ada yang mengambil tangkapan skrin dan menyebarkan secara atas talian tanpa kebenaran.
Jelasnya lagi, dai tidak mempunyai hubungan lain dengan idola itu dan menekankan yang perbualan itu bukan dimanipulasi olehnya. Malah dia meminta agar semua orang berhenti membuat spekulasi megenainya dan Jay B.
Bagi yang tidak mengetahui, ahli GOT7 itu pernah ditangkap menghantar mesej pada ramai wanita lain. Pada Julai lalu, satu tangkapan skrin tersebar di mana idola berkenaan dilihat menghantar mesej terus (DM) pada 230,000 pempengaruh lain. Selain kontroversi yang sama berulang pada Mac lalu.
Rata-rata peminat yang membaca khabar angin ini meninggalkan komen kecewa,
Dia dikenali sebagai seorang yang suka hantar DM pada wanita bukan selebriti.
Kebanyakan dari mereka ialah wanita yang suka muat naik gambar seksi.
Bukan sekali berlaku..
Ini apa yang kita nampak.. yang kita tak tahu..
Tak terkejut pun.
Dalam pada itu, Jay B sedang menjalani khidmat ketenteraan sebagai pekerja sosial bermula Februari lalu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.