Ikuti Kami:

“Saya Pernah Suka Nayeon TWICE..” – Pengakuan BamBam GOT7 Jadi Perhatian

“Saya Pernah Suka Nayeon TWICE..” – Pengakuan BamBam GOT7 Jadi Perhatian

Kebiasaannya, idola K-Pop lebih gemar untuk tidak bercakap mengenai kehidupan peribadi mereka, tambahan pula soal hubungan percintaan.

Terbaru dalam video pratonton untuk episod seterusnya program “Bam House” yang diacarakan oleh BamBam GOT7, idola itu telah menjemput Ji-hyo TWICE sebagai tetamu, di mana mereka berborak mengenai pelbagai perkara.

Apa yang menarik perhatian, menerusi video trailer tersebut, ahli GOT7 itu mengejutkan ramai orang dengan mendedahkan,

Saya pernah suka Na-yeon TWICE..

bambam got7 jihyo

Terkejut dengan pengakuan terbuka BamBam, Ji-hyo sebagai rakan kumpulan Na-yeon memberi respon,

Awak benar-benar tidak sembunyikan apa-apa..awak memang hebat BamBam.

Kalau ingin tahu lebih lanjut, nantikan episod penuh BamBam bersama Ji-hyo dalam “Bam House”, bakal dikeluarkan pada 17 Mac ini jam 6 petang!

Omo menarik ni..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...