Ikuti Kami:

“Saya Tak Mahu Hidup Saya..” – BamBam GOT7 Dedah Tak Ingin Berkahwin

“Saya Tak Mahu Hidup Saya..” – BamBam GOT7 Dedah Tak Ingin Berkahwin

Siapa sangka, BamBam GOT7 tidak mempunyai impian untuk berkahwin.

Terbaru dalam siaran 8 Januari program “Master in the House 2”, semua ahli telah ditugaskan untuk berbincang mengenai topik sama ada lebih baik untuk berkahwin atau kekal bujang.

Dalam episod tersebut, pasukan produksi terkejut apabila BamBam iaitu ahli baru program berkenaan, mendedahkan bahawa dia tidak ingin berkahwin. Jelas ahli GOT7 itu mengenai sebabnya,

Pertama kali, sukar untuk kita mendaki dan sampai ke tempat kita berada sekarang. Kita tidak mempunyai banyak masa lapang untuk diri sendiri dan sebagai seorang idola, kami akan sentiasa berada di hotel.

Sambung BamBam lagi,

Disebabkan itu, saya tidak mahu hidup saya dirampas oleh sesiapa pun mulai sekarang. Adakah awak tahu apa yang saya maksudkan? Saya mahu benar-benar bahagia sendiri dan saya tak mahu menjalani hidup saya dengan berhati-hati bersama seseorang.

sbs master in the house 2

Kemudian, BamBam turut bercerita tentang abangnya yang baru berkahwin baru-baru ini dengan berkata,

Abang sulung saya telah berkahwin baru-baru ini. Dia berkata dia gembira dan dia mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia kira-kira 3 tahun. Haritu, dia datang melawat saya di Korea buat kali pertama sejak bayi itu dilahirkan dan apabila saya melihat wajahnya buat kali pertama dalam masa yang lama, saya berasa kasihan kepadanya.

Jelasnya lagi,

Ia bukan wajahnya yang biasa saya tengok. Nampaknya, dia telah tua dengan cepat secara tiba-tiba.

Pandangan orang lain-lain kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...