Ikuti Kami:

Selalu Disakiti , Wanita Berang Jadikan Mayat Dua Lelaki Sebagai Kimchi

Selalu Disakiti , Wanita Berang Jadikan Mayat Dua Lelaki Sebagai Kimchi

Kimchi merupakan hidangan sampingan utama bagi rakyat Korea. Tapi bayangkan jika ada bahan lain yang tidak disangka di dalamnya?

Tahukah korang ada satu kes jenayah di Korea, seorang wanita membunuh suami dan teman lelakinya dan menjadikan mereka sebagai kimchi. Lagu kejam, mayat kedua-dua lelaki terbabit diperam bertahun lamanya.

Kronologi

Kisah ini bermula apabila kedengar suara tangisan kanak-kanak tanpa henti selama dua hari. Jiran di sekitar rumah tersebut berasa rimas dan melaporkannya kepada pihak polis. Apabila pihak polis sampai di tempat kejadian, kanak-kanak itu tidak mahu membuka pintu rumah. Oleh sebab itu, pihak polis terpaksa memecah masuk melalui tingkap rumah.

Pihak polis sangat terkejut dengan keadaan dalam rumah seperti tempat pembuangan sampah. Selain itu, bau rumah itu sangat busuk. Polis menjumpai kanak-kanak berusia 8 tahun di dalam sebuah bilik. Apabila ditanya di manakah ibu bapa mereka, kanak-kanak itu hanya mendiamkan diri.

wanita buat suami jadi kimchi

Polis juga melakukan semakan di dalam rumah terbabit mencari misteri bau busuk yang teramat. Mereka menjumpai satu tong kimchi yang besar dan apabila dibuka, mereka dikejutkan dengan dua jasa yang sudah tidak bernyawa dalam tong berisi kimchi terbabit.

Suspek

Disebabkan oleh kejadian itu, pihak polis cuba sedaya upaya merungkai kes ini. Mereka berjaya mengenal pasti ibu kepada kanak-kanak berusia lapan tahun itu. Perempuan bernama Lee Se-jong itu malangnya tidak diketahui di mana keberadaannya. Namun, pihak polis juga berjaya menemui seorang lagi anak lelaki kepada Lee Se-jong.

Anak lelaki yang ingin dikenali sebagai Son itu menyatakan bahawa dia sudah lama tidak berjumpa dengan ibunya. Malah, ibunya itu terus berubah perwatakan selepas adik kandungnya meninggal dunia kerana kemalangan dengan lori pasir. Tambahnya, Lee Se-jong suka mengumpul barang-barang pelik dan tidak membenarkan sesiapa sahaja membuang barang tersebut.

wanita buat suami jadi kimchi

Bila ditanya tentang ayah, Son berkata dia tidak tahu di mana ayahnya kerana selepas adik dia meninggal, bapanya menghilangkan diri tanpa sebarang berita.

Mayat siapa di dalam tong kimchi? 

Pada suatu hari polis memberkas Lee Se-jong di rumah teman lelakinya dan menurut sumber lelaki itu merupakan seorang warga asing. Apabila disoal siasat, Lee Se-jong pada mulanya menyangkal perbuatan kejam yang dilakukannya. Tetapi setelah ditanya bertubi-tubi barulah dia mengaku pernah membunuh suami dan teman lelaki sebelum diletakkan di dalam tong berisi kimchi.

wanita buat suami jadi kimchi

Katanya punca pembunuhan itu ialah kerana dia dan kedua lelaki terbabit selalu bertengkar lalu dia memutuskan untuk mencekik mereka sehingga mata. Kedua-dua kes ini berlaku secara berasingan. Hukuman yang 18 tahun penjara terhadap wanita ini ditentang oleh rakyat Korea kerana ia tidak setimpal dengan apa yang dilakukannya. Rakyat Korea juga risau apabila dia keluar penjara pada tahun 2023, dia akan mengulangi perbuatan kejam itu lagi.

Apa la agaknya yang dia fikir kan….

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...