Ikuti Kami:

Selain Pulau Jeju, Lawati 7 Tempat Di Korea Ini Untuk Dapatkan Pengalaman Menarik

Selain Pulau Jeju, Lawati 7 Tempat Di Korea Ini Untuk Dapatkan Pengalaman Menarik

Kalau melancong ke Korea, tempat pertama yang korang terfikir mesti Pulau Jeju kan?

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 7 tempat lain yang unik dan aktiviti menarik untuk korang lakukan ketika melancong ke Korea.

Dapatkan scrub badan Korea

tempat unik di Korea

Benda pertama yang korang kena cuba ketika di Korea ialah cuba dapatkan servis scrub badan di jjimjubang (sauna Korea). Kalau korang selalu tengok drama Korea, pasti akan tahu keadaan di dalam sauna Korea macam mana. Ia pasti akan menjadi lebih menarik kalau dapat merasai sendiri pengalaman berada di dalam sauna Korea.

Lawati Zon Demiliterisasi Korea

tempat unik di Korea

Juga dikenali sebagai DMZ, kawasan berkubu ini memisahkan Korea Utara dan Korea Selatan. Di sini, korang akan berpeluang untuk melawat dan boleh melihat kawasan sekitar Korea Utara melalui teropong. Selain itu, kawasan ini juga ada banyak binatang terancam kerana ia merupakan kawasan yang terpelihara dan dijaga ketat.

Lawati pulau misteri

tempat unik di Korea

Ulleungdo digelar ‘pulau misteri’ dan dikenali sebagai pulau suci bagi orang Korea Selatan. Ia dikenali sebagai pulau misteri kerana dipercayai ada tenaga mistik di Ulleungdo. Selain itu ia dipercayai telah terbentuk berikutan letusan gunung berapi lebih 2.5 juta tahun lalu. Seluruh pulau ini adalah hasil daripada aktiviti gunung berapi beribu-ribu tahun yang lalu, yang menghasilkan pemandangan semula jadi yang menakjubkan.

Teamlab World

tempat unik di Korea

Teamlab World yang terletak di Seoul ialah pameran seni interaktif ini memberi peluang kepada pengunjung untuk menari, belajar dan pada masa yang sama ada beberapa jenis permainan yang boleh disertai penonton. Tambah menarik, ahli teknologi yang membina paparan seni dinamik ini.

Meokbang Studio

tempat unik di Korea

Semasa bersiar-siar di sekitar Seoul, mungkin korang akan melihat ramai wanita memakai Hanbok yang berwarna-warni. Hanbok merupakan pakaian tradisional Korea sejak zaman dahulu lagi. Namun ada juga yang memakai pakaian ini pada hari istimewa seperti majlis kahwin. Jika korang ingin mencuba pengalaman baru, pergi ke Meokbang Studio di mana korang boleh memakai hanbok dan berjalan-jalan di sekitar bandar ini.

Samsung d’light, 

tempat unik di Korea

Muzium d’light Samsung ialah tempat yang sesuai untuk melihat kecanggihan teknologi terkini. Samsung d’light terletak di Seoul serta ia menawarkan peluang untuk menerokai teknologi digital kreatif yang membawa dunia ke masa depan yang lebih cerah.

Homestay di Kampung Purba

tempat unik di Korea

Jika melancong Korea, korang boleh tinggal di Kampung Purba di Bukchon Hanok. Kawasan ini merupakan salah satu kawasan kejiranan tertua di Korea Selatan dengan beberapa struktur sejak abad ke-14.

Kampung Bukchon Hanok mempunyai banyak pusat kebudayaan dan muzium yang mempamerkan budaya Dinasti Joseon. Jadi ia merupakan tempat yang paling sesuai untuk korang tinggal buat sementara waktu.

Selamat melancong!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...