Ikuti Kami:

Jimat & Berbaloi, Kunjungi 5 Kedai ‘Barangan Vintage’ Ini Ketika Melancong Ke Korea

Jimat & Berbaloi, Kunjungi 5 Kedai ‘Barangan Vintage’ Ini Ketika Melancong Ke Korea

Selain daripada kaya dengan makanan yang sedap dan unik, Seoul juga merupakan sebuah bandar yang popular dengan masyarakat yang suka berfesyen.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 kedai pakaian yang boleh korang lawati ketika melancong ke Seoul, Korea.

Vin Prime

thrift store dekat korea

Vin Prime adalah francais barangan terpakai terbesar di Seoul. Ini adalah kedai barangan keperluan bagi penduduk tempatan untuk mendapatkan barang yang jarang ditemui, dengan harga yang murah.

Lokasi: 802-40 Yeoksam il-dong, Seoul

Million Archive

thrift store dekat korea

Million Archive terletak di kilang lama terbiar yang telah dibaik pulih. Ia mengkhususkan penjualan pakaian terpakai dengan pelbagai kelainan fasyen. Tidak seperti kedai terpakai biasa, Million Archive berada di tahap yang lebih tinggi kerana mempunyai tema reka bentuk yang sentiasa berubah. Salah satu koleksi musim panas yang lalu ialah bertemakan Hawaii, dan korang boleh jumpa pelbagai jenis pakaian pelik di sini.

Lokasi: 24-18 Achasan-ro 5-gil, Seoul

Soobak Vintage

thrift store dekat korea

Soobak vintage terletak di bandar Gangnam dan sangat senang untuk korang datang ke sini.  Di sini, korang bukan sahaja dapat membeli belah dengan harga yang murah malah, akan menemui pakaian eksklusif yang tidak lagi dikeluarkan oleh syarikat asal.

Lokasi: 554-31 Gangnam-gu, Sinsa-dong, Seoul

Seoul Folk Flea Market

thrift store dekat korea

Seoul Folk Flea Market ialah pasar jualan terbesar di Korea. Dari pintu masuk ke pasar, korang akan melihat banyak barangan dijual seperti pakaian, hiasan, buku-buku lama dan mainan kanak-kanak serta dewasa. Selain itu, terdapat banyak barangan menarik di sini yang boleh korang gunakan untuk menghias rumah.

Lokasi: 21 Cheonho-daero 4-gil, Dongdaemun-gu, Seoul

Hwanghakdong Market

Hwanghakdong Market mengkhususkan jualan barangan aksesori dan mesin lama. Di sini, korang akan menemui banyak kedai yang menjual barang hiasan rumah yang cantik dan boleh memukau sesiapa yang melihatnya. Selain itu, terdapat juga pelbagai barangan menarik seperti TV lama, radio dan lain-lain barangan antik.

Lokasi: 161, Hwanghak-dong, Jung-gu, Seoul

Selamat membeli belah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...