Utama Filem Korea Sekuel ‘The Witch 2’ Berjaya Raih 1 Juta Tontonan Selepas 4 Hari...

Sekuel ‘The Witch 2’ Berjaya Raih 1 Juta Tontonan Selepas 4 Hari Tayangan

the witch 2

“The Witch: Part 2. The Other One” kini berjaya mendominasi ‘box office’ Korea sejak ditayangkan awal minggu ini!

Sekuel kali ini sememangnya sangat dinanti-nantikan untuk filem hit 2018 “The Witch: Part 1. The Subversion”. “The Witch: Part 2. The Other One” mengisahkan seorang gadis muda yang merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan yang meninggalkan makmal rahsia di sebuah runtuhan. Walaupun dia berjaya melarikan diri dari makmal, pengalaman pahitnya masih belum selesai, kerana terdapat banyak kuasa yang bertekad untuk mengejarnya atas motif yang berbeza.

Menurut Majlis Filem Korea, “The Witch: Part 2. The Other One” secara rasminya telah berjaya melepasi lebih 1 juta penonton filem di ‘box office’ pada 18 Jun lalu hanya selepas empat hari dripada tarikh tayangannya pada 15 Jun. Dalam pada itu, filem itu turut mencapai pencapaian yang lebih cepat daripada prekuelnya yang mana mengambil masa selama enam hari untuk mencapai 1 juta tontonan pada 2018.the witch“The Witch: Part 2. The Other One” telah mengungguli ‘box office’ Korea Selatan setiap hari sejak tayangannya pada 15 Jun, walaupun ia sememangnya menghadapi saingan sengit daripada filem hit ‘blockbuster’ “The Outlaws 2” (“The Roundup”) dan filem “Broker” yang berjaya memenangi anugerah.

Tahniah kepada pelakon dan krew filem itu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBEROsen
Loading...