Ikuti Kami:

Sekuel ‘Jewel In The Palace’ Sedang Disiapkan, Lee Youngae Sah Kembali Sebagai ‘Dae Jang Geum’

Sekuel ‘Jewel In The Palace’ Sedang Disiapkan, Lee Youngae Sah Kembali Sebagai ‘Dae Jang Geum’

Lee Young-ae akan kembali dengan peranan ikoniknya sebagai Dae Jang-geum dari drama klasik “Jewel In The Palace”!

Terbaru, Fantagio mengesahkan bahawa drama sekuel “Uinyeo Dae Jang Geum” sedang disiapkan untuk memulakan penggambaran pada Oktober ini.

Pelakon utama Lee Young-ae telah dipilih untuk menerajuinya sejak Jun tahun lepas, kami baru sahaja menandatangani penulis skrip drama.

dae jang geum

Ianya akan membawa kisah Jang-geum ketika dia menjadi seorang pengubat perempuan seperti dalam “Jewel In The Palace”. Lebih bermakna kerana ini merupakan ulang tahun ke-20 drama berkenaan.

Khabarnya, drama sambungan ini akan bersiaran bermula tahun hadapan.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...