Ikuti Kami:

Konduktor Dingin Dibelenggu Misteri, Episod Awal ‘Maestra: Strings Of Truth’ Raih Rating Baik

Konduktor Dingin Dibelenggu Misteri, Episod Awal ‘Maestra: Strings Of Truth’ Raih Rating Baik

Selepas lama mendiamkan diri, akhirnya Lee Young-ae kembali dengan sebuah drama baru iaitu “Maestra: Strings Of Truth”.

Ianya membawa kisah seorang konduktor wanita yang berbakat besar pulang ke Korea untuk mengendalikan kumpulan okestra kelas ketiga. Tidak disukai ramai kerana ketegasannya, namun wanita berkenaan mula merungkai misteri apabila suatu kejadian pelik berlaku dalam kumpulan itu.

Dalam episod awal, penonton dibawa mengenali watak Cha Se-eum (Lee Young-ae) yang tegas dan bertindak tanpa perasaan bagi memastikan kejayaan Hanpil Okestra walaupun terpaksa menggantikan ahli tua dengan ahli muda. Bukan hanya dibenci ahli lain, wanita itu turut dijejaki kekasih lama, Yoo Jung-jae (Lee Moo-saeng) yang obses dengannya meskipun Cha Se-eum sudah bersuami.

maestra

Untuk episod awalnya, “Maestra: Strings Of Truth” berjaya meraih rating yang baik bagi saluran kabel iaitu 4.19% untuk episod pertama dan 4.84% ketika siaran episod kedua. Dalam pada itu, penonton memberikan pujian melambung buat lakonan Lee Young-ae yang sofistikated sebagai konduktor wanita digeruni semua.

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...