Adakah Lee Young-ae bakal kembali dengan drama baru tak lama lagi?
Menurut laporan media, pelakon wanita tersebut akan membuat kemunculan dalam drama “Eunsu’s Good Day”.
Respon agensinya,
Lamaran berlakon itu sedang diteliti dengan positif dan dia sedang berbincang maklumat lanjut mengenai kontrak.
Untuk pengetahuan, drama thriller kemanusiaan ini membawa kisah seorang suri rumah berusia 40-an yang tanpa sengaja terlibat dengan kejadian tak dijangka selepas suaminya yang sakit mengambil dadah di jalanan.
Dalam pada itu, Lee Young-ae sedang menjalani penggambaran “Maestra” kini dan akan bersiaran pada Disember ini.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.