“Seksi Betul” – Netizen Terpegun Dengar Choi Wooshik & Son Sukku Lancar Berbahasa Inggeris
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Bukan semua selebriti Korea kan boleh fasih berbahasa Inggeris.
Artikel Berkaitan
Tak lama lagi, drama baru yang diterajui Choi Woo-shik dan Son Suk-ku iaitu “A Killer Paradox” bakal ditayangkan pada 9 Februari ini di Netflix.
Untuk pengetahuan, “A Killer Paradox” mengisahkan tentang lelaki biasa yang secara tidak sengaja telah membunuh seseorang serta seorang detektif yang mengejarnya.
Terbaru dalam satu video untuk mempromosikan siri tersebut buat penonton global, dua pelakon lelaki itu fasih berbahasa Inggeris, membuatkan ramai kagum.
the english language was created solely for this exact moment btw https://t.co/JvNtTBhGoW
— nav (@jamanchew) February 7, 2024
Khususnya di media sosial, netizen rata-rata terpegun mendengar kemahiran Choi Woo-shik dan Son Suk-ku bercakap dalam bahasa Inggeris tambahan pula, dengan loghat mereka yang seksi.
Namun tidak hairanlah kerana meskipun dilahirkan di Korea Selatan, Son Suk-ku pernah belajar di Kanada ketika di awal sekolah menengah dan Choi Woo-shik pula telah berhijrah ke Vancouver ketika dia berusia 10 tahun.
Sementara itu, jangan lupa saksikan drama “A Killer Paradox” akan menemui penonton pada 9 Februari ini di Netflix!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




