Adakah penonton akan dapat lihat Park Bo-young bergandingan dengan Choi Woo-shik?
Terbaru pada 17 November, Park Bo-young dilapor akan terajui drama rom-kom baru berjudul “Melo Movie”. Tidak lama kemudian, agensi wanita itu memberi respon,
Park Bo-young telah menerima tawaran untuk muncul dalam drama itu dan sedang secara positif menelitinya kini.
Sebelum ini, Choi Woo-shik juga telah dilamar untuk terajui drama yang sama dan masih dalam perbincangan.
Untuk pengetahuan, “Melo Movie” adalah garapan penulis “Our Beloved Summer”, mengikuti kisah percintaan gelap yang lucu tentang anak-anak muda yang sentiasa ‘mengangkat jari tengah’ walaupun berada dalam kesusahan. Kini, mereka ingin mencari seseorang untuk bersandar semasa mereka jatuh.
Nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!