Ikuti Kami:

“Kalau Dengan Saya, Dia..” – Park Boyoung Dedah Perangai Sebenar Lee Kwangsoo

“Kalau Dengan Saya, Dia..” – Park Boyoung Dedah Perangai Sebenar Lee Kwangsoo

Pasti ramai yang tahu bahawa Lee Kwang-soo bersahabat baik dengan ramai selebriti termasuklah Park Bo-young.

Baru-baru ini, Park Bo-young telah tampil sebagai tetamu dalam program “Pinggyego” di YouTube, di mana dia ada menceritakan mengenai pelbagai topik.

Dalam siaran itu, Park Bo-young ada bercakap tentang bagaimana Lee Kwang-soo memberi layanan kepadanya. Dia berkata pada awalnya,

Bila dia dengan senior macam awak, dia macam sopan sangat.

Yoo Jae-suk bersetuju,

Ya, dia berbudi bahasa.

park boyoung

Namun, pelakon wanita itu mendedahkan,

Wow tapi dengan saya..semasa kami tinggal di kompleks yang sama sejak tinggal bersendirian, kami akan makan bersendirian kan. Dia akan telefon saya dan tanya ‘Awak kat mana?’, saya jawab ‘Saya kat rumah’, dia terus kata ‘Saya bagi awak 5 minit’. Saya baru bangun. ‘Saya beri awak 5 minit’ dan dia terus letak telefon.

Sambung Park Bo-young lagi,

Bila saya pula telefon dia dan dan minta dia datang ke rumah saya untuk makan bersama, dia tidak datang. Lepas lebih 30 minit, dia masih tak datang. Bila dengan saya dia siap kata ‘Saya bagi awak 5 minit’.

park boyoung

Selepas mendengar luahan wanita itu, Yoo Jae-suk terus meminta maaf dan menyatakan,

Masalahnya, saya minta maaf kerana dia belajar daripada kami. Saya juga sering melayan dia seperti bagaimana dia melayan awak.

Bertabahlah Park Bo-young! 😂

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...