Sejurus Isu Pandu Dalam Keadaan Mabuk Dilaporkan, Kim Saeron Terus Hadkan Ruang Komen IG?
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Baru-baru ini telah dilaporkan bahawa Kim Sae-ron terlibat dengan satu kemalangan jalan raya akibat memandu di bawah pengaruh alkohol.
Menurut laporan polis, pelakon itu telah melanggar sebuah tembok di tepi jalan Hakdong, Seoul sekitar jam 8 pagi. Sebelum itu, mereka ada menerima laporan orang awam mengenai kereta sama yang memandu terhuyung-hayang.

Meskipun Kim Sae-ron diminta melakukan ujian pernafasan untuk menentukan paras alkohol namun dia mahu ke hospital untuk menjalani ujian darah. Kata agensinya, mereka sedang mengesahkan mengenai hal tersebut dan akan memberikan kenyataan rasmi nanti.
Khabarnya, selepas berita itu tersebar di serata laman komuniti, Kim Sae-ron dilihat terus menutup ruangan komen di media sosialnya iaitu Instagram dan memilih untuk mendiamkan diri.

Sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai hal ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




