Peminat yang menantikan Kim Sae-ron melakukan comeback nyata terkejut dengan satu berita yang tidak disangka ini.
Terbaru, pelakon wanita itu dikhabarkan telah ditahan oleh polis selepas menerima laporan satu laporan mengenai sebuah kereta yang terhuyung-hayang kiri ke kanan beberapa kali. Menurut Balai Polis Gangnam, mereka kemudiannya menemui kereta yang dimaksudkan sudah pun melanggar sebuah tembok tepi jalan Hakdong pada jam 8 pagi dan Kim Sae-ron yang merupakan pemandu kenderaan itu dalam percubaan melarikan diri.
Walaubagaimanapun, apabila diminta untuk melakukan ujian pernafasan bagi menentukan paras alkohol dalam badan, pelakon tersebut meminta supaya ujian darah dilakukan lantas mereka ke hospital selepas itu.
Respon agesninya mengenai berita itu,
Kami sedang mengesahkan mengenai insiden memandu dalam keadaan mabuk itu. Kami akan memberikan kenyataan rasmi selepas pengesahan itu.
Sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai kejadian ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.