Rasanya sudah beberapa kali ramai yang menyebut mengenai ‘Yoo line’ atau pun garis hubungan junior yang bergerak di bawah Yoo Jae-suk.
Dalam episod terbaru ‘Ddeun Ddeun’ di YouTube, pengacara itu telah berkongsi lebih mengenai hal berkenaan sambil ditemani Jo Se-ho, Jeon So-min dan Lee Mi-joo sebagai tetamu.
Bercerita mengenai pertemuan pertama dengan ketiga-tiga penghibur itu, ulasnya,
Kumpulan bakat yang dapat membawa watak mereka dengan stabil dalam industri hiburan tak besar. Oleh sebab itu, saya dan pihak produksi akan sentiasa mencari lebih ramai individu lain dengan bakat sedemikian.
Tamabahnya,
Saya sangat berhenti-hati apabila mensyorkan nama sesiapa. Adakah sebab saya suka dan mahu menjaganya? Serius bukan macam itu. Permintaan saya boleh menyukarkan kedua-dua pihak produksi dan orang yang terlibat, jadi saya tidak pernah membuat pilihan sebegitu. Tetapi ada ketika saya terfikir sekiranya seseorang itu sesuai dengan kekosongan yang dicari.
Tak baik tau spekulasi..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉