Ikuti Kami:

“Adik Kesayangan Saya” – Tak Seperti Dalam TV, Yoo Jaesuk Ulas Personaliti Sebenar Jeon Somin

“Adik Kesayangan Saya” – Tak Seperti Dalam TV, Yoo Jaesuk Ulas Personaliti Sebenar Jeon Somin

Hubungan yang baru sahaja terjalin beberapa tahun ini di antara Yoo Jae-suk dan Jeon So-min sepertinya menjanjikan keakraban yang akan utuh hingga akhir nanti.

Dalam episod terbaru ‘Pinggyego’, Yoo Jae-suk sekali lagi menjemput Jo Se-ho dengan dua tetamu barunya iaitu Jeon So-min dan Lee Mi-joo. Siaran kali ini nyata membawa kelainan apabila mereka berbincang mengenai pelbagai masalah yang membelenggu jiwa di kala ditemani hujan tidak menentu semasa hari penggambaran.

Kongsi pengacara itu mengenai momen pertama kali dia berkenalan dengan Jeon So-min,

Awalnya saya hanya mengenali dia sebagai pelakon namun Jeon So-min sangat kelakar semasa menjadi tetamu ‘Happy Together’ pada 2014. Dia suka melawak dan berusaha sangat keras untuk mebuatkan semua ketawa hinggakan saya mahu menahannya. Apabila pihak produksi bertanya selebriti mana yang kelakar, saya menyebut ‘Jeon So-min’ dan di situ lah kami bertemu di ‘Running Man’.

jeon somin yoo jaesuk

Jelas Yoo Jae-suk, agak sukar untuk mencari individu yang mampu membawa watak dengan stabil di dalam industri hiburan. Oleh sebab itu, pihak produksi dan saya juga sentiasa mencari individu seperti itu.

Bukan itu sahaja, Jeon So-min turut meluahkan kerisauan sekiranya semua orang menyalah anggap bahawa perangainya di dalam program hiburan merupakan personaliti sebenarnya. Pujuk pengacara itu,

Saya suka awak bukan kerana awak ‘gila’. Tapi saya suka sisi adik kesayangan yang saya kenal.

jeon somin yoo jaesuk

Mendengarkan penjelasan itu, pelakon wanita berkenaan tidak menyembunyikan perasaan bersyukurnya,

Saya berasa tersentuh, terima kasih.

Bestnya ada hubungan rapat macam ini..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...