Meksipun jarang ditunjuk, tapi hubungan ‘mongdol’ sebenarnya sangat utuh di dalam “Running Man”.
Terbaru, program itu telah meriliskan klip istimewa bagi menyambut episod yang akan ditayangkan pada petang ini (16 April).
Dalam klip pendek ini, kesemua ahli dilihat bersembang di dalam bas selepas menamatkan perjumpaan peminat di Manila, Filipina dengan jayanya.
Semasa berkongsi cerita tentang betapa tersentuhnya mereka dengan sambutan yang diberikan, Haha mengatakan bahawa dia hampir menangis bila menyanyikan bahagiannya dalam lagu ‘I Like It’,
Lirik saya sangat sedih kerana ianya benar, ‘Maaf kerana saya tak pandai apa-apa..’
Balas Ji Suk-jin,
Kita semua mempunyai perasaan yang sama.
Usik Yoo Jae-suk,
Tak lah, ada benda yang saya pandai.
Semasa ‘bergaduh’, Jeon So-min meluahkan perasaan dengan suara perlahan,
Tapi saya merasakan yang saya tak pandai apa-apa.
Nafi Song Ji-hyo,
Awak pandai banyak benda.
Semasa ‘oppa’ lain mengusik dengan mengatakan ‘Awak paling cepat menangis’, ‘Awak kuat minum’ dan ‘Awak mirip ramai orang’, puji Song Ji-hyo,
Awak pandai memasak.
Jelas Yoo Jae-suk menutup bicara, dia mengatakan bahawa bakat seseorang itu hanya dapat dilihat oleh orang lain dan biasanya individu itu tak menyedarinya.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉