Ikuti Kami:

“Ramai Minat Lagi?” – Netizen Korea Terkejut ‘Running Man’ Masih Popular Di Luar Negara

“Ramai Minat Lagi?” – Netizen Korea Terkejut ‘Running Man’ Masih Popular Di Luar Negara

13 tahun bersiaran namun “Running Man” tetap menjadi ikutan ramai peminat program hiburan Korea.

Sudah beberapa tahun menghentikan misi di luar negara kerana COVID-19 dan sebagainya, ahli program itu akhirnya menjengah ke Manila, Filipina baru-baru ini bagi menyertai perjumpaan peminat “A Decade Of Laughter”.

Menerusi sedutan episod akan datang, penonton dapat menyaksikan berapa besarnya pengaruh “Running Man” di negara itu. Malah mereka telah diserbu ribuan peminat semasa baru sahaja menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

running man manila

Bukan itu sahaja, lokasi yang menempatkan perjumpaan peminat itu turut dipenuhi peminat hingga ke atas sekaligus membuktikan kepopularitian program itu yang masih lagi ditonton oleh segenap lapisan masyarakat, tak kira di Korea ataupun luar negara.

Komen netizen Korea,

Hebat gila!

 

Mereka popular seperti idola K-Pop.

 

Mereka terus dikenali ramai.

running man manila

Dalam pada itu, “Running Man” pernah beberapa kali menjalani penggambaran di luar negara seperti di Beijing, Macau, Vietnam, Indonesia, Dubai dan banyak lagi.

Datang lah Malaysia pula!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...