Ikuti Kami:

Sehun EXO, Jo Joonyoung & Jang Yeobin Bakal Terajui ‘All The Things That We Loved’

Sehun EXO, Jo Joonyoung & Jang Yeobin Bakal Terajui ‘All The Things That We Loved’

Yay! Ada siri romantik terbaru yang akan menjengah laman TVING dan katanya Se-hun EXO.

Siri romantik “All The Things That We Loved” yang bakal menemui penonton pada tahun 2023 bakal menampilkan Se-hun EXO, Jo Joon-young dan juga Jang Yeo-bin.

Penampilan mereka sebagai teraju utama cukup untuk mengujakan peminat-peminat K-drama sejurus khabar ini dikeluarkan.

Se-hun EXO bakal membawa watak sebagai remaja 18 tahun bernama Go Yoo yang turut dikenali sebagai pemain bola keranjang di sekolahnya. Go Yoo merupakan seorang yang tidak gentar dengan pelbagai hal justeru itu dia sering mendapat perhatian di sekolah. Dia bersahabat baik dengan Jun-hee di sekolahnya. sehunManakala watak Go Jun-hee yang dilakonkan oleh Jo Joon-young juga watak seorang remaja berumur 18 tahun. Dia dilahirkan dengan keadaan badan yang lemah, malah dia turut mendapat buah pinggang daripada Go Yoo disebabkan penyakitnya. Namun, setelah pembedahan buah pinggang mereka berjaya, dia mendapati bahawa dia makin menjadi seperti kawannya, Go Yoo.

https://twitter.com/tvingdotcom/status/1552073781455138818

Jang Yeo-bin pula bakal memegang watak sebagai Han So-yeon iaitu seorang pelajar wanita yang baru sahaja pindah ke sekolah mereka. Dia juga mula bersaing dengan Jun-hee untuk menjadi pelajar kelas pertama di sekolah itu.

Wah, ini gandingan pelakon-pelakon muda! Tak sabarnya nak tengok!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...