Ikuti Kami:

Sehun EXO Dikritik Tak Sesuai Jadi Pelajar Sekolah Dalam ‘All That We Loved’ Dek Imej Matang

Sehun EXO Dikritik Tak Sesuai Jadi Pelajar Sekolah Dalam ‘All That We Loved’ Dek Imej Matang

Ada tak yang tengah seronok layan drama “All That We Loved” sekarang?

Bagi yang belum tahu, “All That We Loved” yang diterajui Oh Se-hun, Jo Joon-young dan Jang Yeo-bin, ialah drama tentang cinta tiga segi antara dua orang sahabat. Salah seorang daripadanya telah mendermakan buah pinggangnya kepada rakan baiknya itu namun, kedua-dua mereka mula jatuh cinta kepada wanita yang sama di sekolah menengah.

Dalam drama ini, Se-hun membawa watak utama sebagai pelajar sekolah menengah berusia 18 tahun, Go Yoo. Go Yoo merupakan seorang yang mahir dalam bola keranjang dan sering mendapat gred tinggi dalam pelajaran. Bagaimanapun, kehidupannya berubah serta-merta selepas dia menderma buah pinggang kepada sahabatnya Joon-hee.

sehun all that we loved

Meskipun lakonan ahli EXO itu dipuji dek berjaya membawa wataknya dengan cemerlang namun, ada yang berpendapat bahawa watak itu tidak sesuai buat Se-hun kerana umurnya yang sudah 29 tahun kini dan kelihatan terlalu matang untuk pelajar berusia 18 tahun.

Selain itu, ada juga komen yang mempertahankan Se-hun dengan alasan bahawa ada ramai pelakon lain seperti Song Joong-ki dan Hwang In-yeop yang sudah berusia 30-an tetapi masih membawa watak sebagai pelajar sekolah.

Antara komen yang mengkritik mengenai umur Oh Se-hun,

Tiada siapa dalam drama ini kelihatan seperti pelajar sekolah, terutamanya Oh Se-hun.

 

Oh Se-hun kelihatan sekurang-kurangnya dalam lingkungan umur 25-26 tahun dalam drama ini jadi, lebih sesuai untuk bawa watak yang lebih tua.

 

Bukankah Se-hun 9 lebih tua dari pasangan lakonannya? Memang janggal melihat mereka berlakon sebagai rakan sebaya.

tving all that we loved

Namun begitu, ada juga yang mempertahankan Se-hun dengan menulis,

Hwang In-yeop berusia 29 tahun dalam “18 Again” dan 30 dalam “True Beauty”. Ia tidak menjadi masalah.

 

Kenapa ramai yang mempunyai prasangka terhadap idola yang berlakon?

 

Ada ramai pelakon yang membawa watak remaja sekarang meskipun dalam lingkungan 30-an. Ia agak normal.

Dalam pada itu, “All That We Loved” sudah mula ditayangkan pada 5 Mei menerusi laman VIU. Jangan lupa tonton!

Hmm..apa pendapat korang pula?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...