Ikuti Kami:

“Sehun & Chanyeol Bakal Tinggalkan SM?” – Ini Respon SM Entertainment Buat Peminat

“Sehun & Chanyeol Bakal Tinggalkan SM?” – Ini Respon SM Entertainment Buat Peminat

Betul ke ni?

Tular pada 17 Oktober bahawa dua ahli EXO iaitu Chan-yeol dan Se-hun dikatakan bakal menandatangani kontrak bersama dengan syarikat baru untuk unit duo mereka.

Di mana mengikut laporan tersebut, kedua-dua ahli EXO itu dikatakan sedang berbincang tentang haluan unit duo mereka iaitu EXO-SC dan telah menandatangani kontrak eksklusif bersama sebuah syarikat milik Jeong Hoon-tak.

Namun perkara itu terus dinafikan oleh syarikat EXO iaitu SM Entertainment. Dalam masa yang sama, SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa berita itu adalah palsu.

SM Entertainment berkata dalam kenyataan mereka,

Laporan mengenai Se-hun dan Chan-yeol bakal berpindah ke syarikat baru adalah tidak benar. Kontrak yang ditandatangani pada akhir tahun 2022 di antara SM Entertainment dan ahli EXO masih lagi kekal. Malah aktiviti EXO juga masih akan diteruskan bersama SM Entertainment.

exo

Tambah syarikat itu lagi,

Walau bagaimanapun, sekiranya ahli EXO ingin meneruskan aktiviti individu mereka di bawah kontrak eksklusif dengan SM Entertainment, kami akan membenarkannya dengan syarat ianya melalui syarikat yang diwujudkan oleh individu atau ahli EXO itu sendiri.

Lepasni kena pastikan dulu bahawa berita itu sahih ke tak untuk kita percaya okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...