Ikuti Kami:

“Sedih Lihat Ending” – Ok Jayeon Kongsi Kemungkinan Musim 2 ‘Big Mouth’

“Sedih Lihat Ending” – Ok Jayeon Kongsi Kemungkinan Musim 2 ‘Big Mouth’

Adakah “Big Mouth” bakal ada musim kedua nanti?

Dalam sebuah temubual baru-baru ini, Ok Ja-yeon telah berkongsi pelbagai cerita mengenai wataknya serta ending drama itu.

Watak Go Mi-ho mati dengan cepat dek kanser limfa akut tahap akhir, jadi ianya ditamatkan dengan terburu-buru sehingga saya terfikir, ‘ Kalaulah drama ini 20 episod..’ Ianya persona drama ini tapi penonton menyukai dan menyokong Go Mi-ho. Jadi, saya berasa sedih ia berakhir terlalu awal.

ok jayeon

Dalam pada itu, Ok Ja-yeon turut mengatakan bahawa dia masih ada yang mahu diperkatakan sebagai watak Hyun Joo-hee. Ulasnya mengenai musim baru,

Sepertinya, ada yang menantikan musim kedua. (Kalau terjadi), mungkin kita boleh bincangkannya dalam musim baru.

Tambahnya,

Terdapat banyak yang disembunyikan Choi Do-ha (Kim Ju-hun) dan Pengerusi Kang lantas Hyun Joo-hee mungkin boleh membongkarkannya. Park Chang-ho (Lee Jong-suk) yang menjadi ‘Big Mouse’ juga mempunyai banyak rahsia kotor termasuklah Gong Ji-hoon (Yang Kyung-won) yang tak boleh dibiarkan. Saya menantikannya.

ok jayeon kim juhun

Untuk pengetahuan, “Big Mouth” ialah drama noir yang membawa kisah seorang peguam kelas ketiga, Park Chang-ho (Lee Jong-suk) yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouse’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...