Ikuti Kami:

Dek Populariti ‘Big Mouth’, Yoona & Lee Jongsuk Dipilih Pelakon Paling Trending Kini

Dek Populariti ‘Big Mouth’, Yoona & Lee Jongsuk Dipilih Pelakon Paling Trending Kini

Tidak dinafikan bahawa “Big Mouth” meninggalkan legasi yang besar dalam dunia K-Drama tahun ini.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Good Data Corporation bagi minggu ke-3 September, “Big Mouth” berjaya menduduki tangga pertama dalam ranking ‘Drama Paling Trending’ kini dengan markah 64.97%.

Tambahan pula, Yoona yang membawa watak Go Mi-ho iaitu isteri yang sentiasa berada di samping suaminya menduduki tempat pertama sebagai ‘Pelakon Paling Trending’ bersama Lee Jong-suk di tangga kedua. Manakala si antagonis Kim Ju-hun pula berada di tangga ke-7.

mbc big mouth

Untuk pengetahuan, “Big Mouth” ialah drama noir yang membawa kisah seorang peguam kelas ketiga, Park Chang-ho (Lee Jong-suk) yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouse’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...