Ikuti Kami:

“Sedap Je Rasa Dia..” – Pelakon Utama ‘Durian’s Affair’ Perjelas Sebab Pilih Nama ‘Durian’

“Sedap Je Rasa Dia..” – Pelakon Utama ‘Durian’s Affair’ Perjelas Sebab Pilih Nama ‘Durian’

Sejak mula ditayangkan, drama “Durian’s Affair” terus menjadi bualan ramai sehingga kini.

Namun penonton K-Drama dari Malaysia dan Indonesia yang sudah tak asing dari buah durian pastinya tertanya-tanya mengapa nama itu yang dipilih sebagai tajuk drama.

Menerusi sidang media drama berkenaan, teraju utamanya iaitu Park Joo-mi telah menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai nama berkenaan,

Nama watak saya ialah Du Ri-an. Saya beritahu pengarah yang orang asyik teringat buah bila sebut nama itu. Tetapi jika dibuang nama keluarga, nama saya ialah Ri-an sahaja.

durian's affair

Tambahnya,

Saya seronok kerana banyak interpretasi nama saya.

Dalam pada itu, teraju utama drama berkenaan turut dilihat seronok menikmati durian dalam salah satu klip di sebalik penggambaran baru-baru ini,

Saya rasa ianya enak dan tak berasa pelik dengannya.

Bagi yang tidak mengetahui, “Durian’s Affair” membawa kisah melodrama fantasi di mana dua orang wanita dari kehidupan lampau muncul secara tak sengaja di rumah keluarga kaya Dan. Setakat ini, drama ini sudah pun berjaya mencapai rating yang tinggi iaitu 6.4% kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...