Ikuti Kami:

Menantu Perempuan Cintai Ibu Mertua? Episod Awal ‘Durian’s Affair’ Jadi Bualan Hangat

Menantu Perempuan Cintai Ibu Mertua? Episod Awal ‘Durian’s Affair’ Jadi Bualan Hangat

Semakin lama semakin banyak K-Drama yang meneroka pelbagai isu yang mungkin jarang dibincangkan dalam dunia sebenar.

“Durian’s Affair” membawa kisah di mana dua wanita dari keluarga bangsawan dalam dinasti Joseon menggembara ke tahun 2023 dan berkait dengan lelaki.

Baru sahaja menayangkan dua episod namun siri TV CHOSUN ini menjadi bualan hangat ramai kerana cinta terlarang di antara suami isteri yang sama jantina. Malah rating siri ini sedikit menurun apabila mereka mula menonjolkan plot yang sukar diterima semua.

Ketika episod pertama, “Durian’s Affair” meraih rating sebanyak 4.17% namun menurun 0.81% kepada 3.36% semasa episod keduanya. Biasanya rating Ahad akan lebih tinggi pada Sabtu bagi kesemua drama yang ditayangkan pada hujung minggu namun berbeza buat siri ini, rating Sabtunya lebih tinggi dari Ahad.

durian's affairs

Merupakan penulis yang dikenali ramai dek naskhah seperti “New Tales Of Gisaeng” dan “Love ft. (Marriage & Divorce)”, ramai meletakkan jangkaan tinggi buat penulis Im Sung-han kerana ini merupakan naskhah fantasi pertama garapannya.

Bahkan naskhah tulisan Im Sung-han dulu sentiasa menjadi bualan memandangkan wanita itu sering menyelitkan elemen ‘luar kotak’ seperti kerasukan, memasuki badan orang lain, efek grafik dan banyak lagi.

Malah penulis tersebut pernah menulis cerita mengenai homoseksualiti menerusi drama “Life Is Beautiful” pada tahun 2010 lantas mencuba sesuatu yang baru dalam industri K-Drama pada ketika itu.

durian's affairs

Dalam “Durian’s Affair” pula, plotnya terus membuatkan penonton terkesima apabila menantu wanita Jang Se-mi (Yoon Hye-young) mengakui cintanya pada ibu mertua Baek Do-yi (Choi Myung-gil). Semasa perjumpaan keluarga, wanita itu membuat pengakuan berani di hadapan semua,

Saya sayang awak, tapi bukan sebagai ibu mertua tapi sebagai wanita.

Komen penonton,

Sepanjang hayat saya, tak sangka dapat lihat drama seperti ini.

 

Im Sung-han dah mula dah..

 

Semua orang dari staf produksi dan penulis dah gila.

 

Pelik sangat..

 

Hentikan lah drama gila macam ni.

 

Saya risau dengan pemikiran penulis ini.

Meng’risau’..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...